Thursday, 8 December 2011

Perteguh Benteng Tsunami,1 Pokok 1 Nyawa

Program Perteguh Benteng Tsunami,1 Nyawa 1 Pokok yang dijalankan oleh rakan rakan Mycorp di Jeti Sg Dua,Klang dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.Tujuan program ini adalah sebagai salah satu proses pembelajaran dalam melakukan kerja kerja kemanusiaan disamping memulihara alam sekitar dan proses  pemulihan pokok bakau.Antara agensi yg terlibat adalah Renjer Hutan,Jabatan Perhutanan Selangor.Saya dan juga khairul sebagai volunteer untuk program ini membantu menanam 205 pokok bakau jenis kurap.Antara rakan rakan yg menjalankan program ini adalah Musz,Ezad,Zaim,Isha dan mentor mereka adalah Papa Joe drpd MRA(Malaysian Relief Agency)

Program Mycorp bersama kanak kanak Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur

Ini adalah antara program yang di anjurkan oleh Mycorps sebagai satu langkah mempromosikan Mycorp dan juga proses pembelajaran dalam kerja kerja kemanusiaan peringkat domestik.Dengan kerjasama daripada pihak HKL,semua urusan perjalanan/pengisian program diurus sendiri oleh rakan rakan Mycorp yang terdiri daripada Faiz,Abrar,Shu,Sha dan mentor mereka ialah Pn.Fauziah drpd MRA.Antara yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah Tokoh Belia Negara 2011 En.Rizan,Pn. Hartini Abd Jabar(Pegawai Penyelaras Kursus Intensif Mycorps),MRA(Malaysian Relief Agency),Pihak Media(RTM,Berita Harian,Sinar Harian),Proses pembelajaran ini adalah bertujuan sebagai pendedahan kepada  semua rakan rakan Mycorp sebagai Pemimpin Sukarelawan peringkat domestik dan juga antarabangsa.

MALAYSIAN YOUTH VOLUNTEER

Inisiatif MyCorps iaitu Inisiatif Generasi Y melalui Makmal Transformasi Pembangunan Belia. Makmal ini dilaksanakan hasil keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri menerusi hasil cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Siri 1 Bil.1/2010 yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri pada 3 Ogos 2010. Makmal Transformasi Pembangunan Belia diadakan adalah sebagai usaha untuk memahami kehendak dan keperluan generasi Y.

Inisiatif MyCorps yang diperkenalkan melalui makmal tersebut bertujuan menjana modal sosial melalui penyediaan tenaga sukarelawan yang bertindak sebagai 'Role Model' dan tenaga elit kesukarelaan bagi mendorong semangat sukarela dikalangan generasi Y.

Inisiatif ini juga mampu mewujudkan organisasi-organisasi baru berteraskan kesukarelaan. Inisiatif ini akan dilaksanakan dengan kerjasama antara KBS dan agensi yang berkaitan seperti Majlis Belia Malaysia (MBM), Malaysian Relief Agency (MRA), Yayasan Salam (SALAM), Global Peace Mission (GPM), Dewan Pemuda Masjid dan badan-badan sukarela lain dari dalam dan luar negara.

MyCorps merupakan satu program yang memberi fokus kepada program kepimpinan kesukarelaan belia yang bertujuan mewujudkan pemimpin kesukarelaan tahap tinggi. Inisiatif MyCorps ini akan melahirkan seramai 60 orang pemimpin sukarela dari kalangan golongan belia yang benar-benar berkualiti dan memiliki nilai-nilai kesukarelaan yang tinggi dalam tempoh setahun dan seterusnya.

MyCorps bertujuan menggalak dan meningkatkan semangat kesukarelaan dikalangan belia melalui pengalaman mereka serta menggunakan inisiatif sendiri dalam melaksanakan tugas kesukarelaan di peringkat tempatan dan antarabangsa disamping memupuk kesedaran dalam diri belia tentangn isu-isu tempatan dan antarabangsa yang berkaitan dengan keamanan, peperangan, konflik, perpaduan, pendidikan, bencana kesihatan, dan kelaparan dan sebagainya.

Melalui pelaksanaan MyCorps, satu Majlis Sukarelawan Muda khusus bagi sukarelawan belia yang bertindak sebagai platform peringkat nasional akan diwujudkan. Majlis Sukarelawan Muda ini berfungsi sebagai badan koordinasi dan penyelarasan kepada seluruh badan-badan kesukarelaan yang wujud di Malaysia. Ia akan menjadi direktori rujukan kepada penggiat-penggiat sukarelawan yang berminat untuk menyumbang apa sahaja mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Badan ini akan dipantau oleh kerajaan/kementerian seperti KBS

Saturday, 3 December 2011

Mycorps "Sound For You"

Projek "sound for you" di Taman Sinar Harapan,Tuanku Ampuan Najihah,Seremban....Projek ini adalah projek penambahbaikan di tempat ini,hanya bermodalkan RM230.45 untuk pembesar suara,mikrofon dan juga soket.selain itu juga projek ini adalah projek jangka panjang utk kegunaan keagamaan iaitu melaungkan azan dan untuk solat.Usaha murni ini dilaksanakan oleh ahli Mycorps sewaktu lapangan domestik 2 bersama dengan NGO,kerjasama dengan pihak pengurusan TSHTAN terutaman Pn.Suthiya,En.Rahimin dan kakitangan yg menjayakan.Ini adalah langkah permulaan untuk Mycorps dalam proses pembelajaran,promosi dan membawa Mycorps ke tahap yg lebih tinggi.

Monday, 28 November 2011

Mycorps-Malaysian Youth Volunteer di Pos Balar Gua Musang,Kelantan

Kejayaan Mycorp mengharungi cabaran untuk sampai ke Pos Balar yg terletak 60km drpd Gua Musang,menyeberangi 3 batang sungai,2 bukit dan melalui trek laluan yg berselut dan berlumpur.perjalanan 8-18 jam untuk tiba ke destinasi ini.Kebanyakkan perancangan untuk simulasi telah bertukar menjadi situasi yang sebenar antaranya mengaplikasi Teknik Snatching,Winching,Bahasa Isyarat Tangan dan sebagainya.Selain itu juga,banyak lagi pengalaman lain yg di lalui,antaranya terkandas di kaki Bukit Merah,campsite berlantaikan lumpur,berbumbungkan langit,menyediakan makanan kepada semua yg terlibat,masak sendiri.Di pos Balar juga,Mycorps sempat melaksanakan khidmat komuniti seperti bemesra dengan penduduk orang asli dr suku Temiar,memberikan sedikit sumbangan berupa makanan.Juga untuk melihat peluang yang mampu di lakukan oleh Mycorps pada masa akan datang.